Wednesday, April 20, 2011

Countdown 10 days for Mayday : Seeking Endorsement for the 2011 May Day Declaration :

Dear all,

WORKERS TO RALLY AGAINST PRICE HIKE AND DEMAND FOR MINIMUM WAGE ACT THIS MAY DAY 2011

This year marks 17th May Day celebration that will take place in Kuala Lumpur with the workers rallying against PRICE HIKES and DEMANDING FOR MINIMUM WAGE ACT . This annual celebration in remembrance of workers historical victory for their right always has highlighted the plight of marginalized workers in Malaysia for past years.

Continuing the workers legacy, the May Day 2011 working committee has planned this year’s celebration with the theme ‘Harga Barang Naik; Gaji Bila Lagi ? Pekerja Menuntut Akta Gaji Minima’.Therefore, We are seeking organizational endorsements for the Declaration below to be released on the 1st May.

Please send your endorsements to Andika Wahab Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) at refugee.suaram@gmail.com or call 0163723699 by 8pm, April 22.

Please circulate widely!

Thanks
Bawani KS
Coordinator


DEKLARASI 1 MEI, 2011
Harga Barang Naik. Gaji Bila Lagi?
”Pekerja Menuntut Akta Gaji Minima”



Sempena dengan Hari Pekerja Sedunia 2011, kami warga pekerja Malaysia menuntut agar kerajaan Malaysia hentikan segala bentuk sandiwara dalam pelaksanaan akta gaji minima dan mengawal kenaikan harga barang yang semakin tinggi. Kelas pekerja dan rakyat Malaysia tidak mampu menanggung beban kos hidup yang semakin meningkat!!

Kenaikan Harga barang seperti minyak dan gula memberi impak yang tinggi kepada rakyat dan kaum pekerja khususnya yang berpendapatan rendah. Alasan yang diberikan oleh Kerajaan – ‘penyelarasan subsidi’ iaitu mengalihkan beban subsidi dan defisit yang ditanggung oleh kerajaan kepada rakyat untuk mengelakkan kerajaan menjadi muflis. Ini merupakan satu hujah yang tidak rasional kerana pada masa yang sama kerajaan dengan bangganya mengumumkan pelbagai projek mega seperti bangunan 100 tingkat yang tidak memberi manfaat kepada rakyat. Ini merupakan satu pembaziran yang tidak seharusnya dilakukan dalam keadaan rakyat terbelenggu dengan pelbagai tekanan ekonomi akibat sistem kapitalis ini. Walaupun kerajaan kerap mengisytiharkan kejayaannya menguruskan ekonomi namun ia tidak mampu mengubah kehidupan rakyat. Rakyat masih terbelenggu dengan pelbagai beban yang dialihkan oleh pihak kerajaan kepada mereka.

Dalam masa sama, nepotisme, kronisme, ketidak telusan dalam menguruskan wang rakyat, penyalahgunaan kuasa dan rasuah masih berlaku diperingkat atasan sehingga membawa kepada pengagihan sumber kekayaan yang tidak adil. Yang miskin terus miskin, yang kaya terus mengawal dan menikmati sumber kekayaan negara. Malaysia mempunyai jurang perbezaan pendapatan antara kaya dan miskin paling tinggi di Asia Tenggara. Kira-kira 40 peratus penduduk hanya memiliki 14.3 peratus pendapatan negara sedangkan golongan atas 20 peratus memiliki 50 peratus pendapatan negara. Menteri Sumber Manusia juga telah menyatakan 34% daripada kaum pekerja menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan iaitu RM720. Dasar ekonomi yang menjurus ke arah pertumbuhan ekonomi dan sistem pasaran terbuka semata-mata terus dipersoalkan kerana ia tidak menjamin agihan ekonomi yang adil. Tumpuan terhadap arah pertumbuhan ekonomi semata-mata hanya akan merangsang persaingan di kalangan kaum pemodal tanpa kawalan seterusnya menggalakkan penindasan ke atas pekerja.

Akta gaji minima merupakan dasar baik dalam menangani kemiskinan di kalangan pekerja. Kebanyakkan negara di dunia sudah mempraktikkan kadar gaji minima, tetapi Malaysia masih belum mencapai kata putus sama ada mahu melaksanakannya atau tidak. Organisasi Pekerja Antarabangsa (ILO) mendefinisikan gaji minima sebagai satu amaun minimum yang ideal yang harus dibayar oleh majikan kepada pekerjanya bersesuaian dengan keperluan minimum harian seseorang pekerja dan keluarga. Pengwujudan kadar gaji minima yang ideal dan manusiawi merupakan mekanisme terbaik bagi menangani isu kemiskinan yang membelenggu rakyat negara ini. Akta Gaji Minina juga merupakan satu bentuk penghargaan kepada jasa dan pengorbanan kaum pekerja terhadap pembangunan negara.

Oleh yang demikian, Hari Pekerja, 1 Mei 2011 yang merupakan lambang kebangkitan rakyat khususnya pekerja yang rata-ratanya tertindas dan terperangkap dalam kemelut agihan ekonomi negara yang tidak seimbang menuntut:

1. PELAKSANAAN AKTA GAJI MINIMA DAN MANSUHKAN POLISI GAJI MURAH
Memastikan penguatkuasaan perundangan berkaitan akta gaji minima serta pemantauan secara komprehensif dan konsisten bagi memastikan tiada lagi pekerja dieksploitasi dalam konteks pemberian gaji yang rendah.

2. HENTIKAN KENAIKAN HARGA BARANGAN – Kembalikan semula subsidi terhadap barangan asas.

3. HENTIKAN RUNDINGAN PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS (FTA) DENGAN EU - Libatkan rakyat dalam proses membuat keputusan.

4. HENTIKAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST) - Hapuskan segala bentuk cukai termasuk GST yang membebankan rakyat

5. GUBAL RANG UNDANG-UNDANG ANTI GANGGUAN SEKSUAL – Elakkan diskriminasi terhadap kaum wanita, pastikan tempat kerja selamat serta diberi perlindungan dari gangguan seksual.

6. TINGKATKAN PENGLIBATAN TENAGA KERJA WANITA yang terbantut selama 30 tahun pada tahap 46.7%. SEDIAKAN TEMPAT ASUHAN KANAK-KANAK yang dibiayai oleh kerajaan untuk membolehkan wanita melibatkan diri dalam pembangunan negara.

7. HENTIKAN PENSWASTAAN - khususnya terhadap perkhidmatan awam seperti hospital dan air dan hentikan Skim Pembayaran Penuh Pesakit (Full Paying Patient) di hospital kerajaan dengan segera.

8. LAKSANAKAN PENDIDIKAN PERCUMA UNTUK SEMUA - Mansuhkan segala jenis yuran dari prasekolah hingga universiti.

9. ISYTIHARKAN KESATUAN SEKERJA SECARA AUTOMATIK - Mansuhan undang-undang yang mendiskriminasi pekerja dan sebarang peraturan yang memangsakan ahli kesatuan sekerja.

10. IKTIRAF HAK TANAH ADAT ORANG ASLI/ASAL di Malaysia dan berikan hak milik kekal serta kukuhkan status tanah Rizab Orang Asli di Malaysia. Rancangan pembangunan tanah Orang Asli hendaklah berasaskan kehendak, keperluan dan aspirasi Orang Asli.

11. HAK PERUMAHAN HAK RAKYAT, sediakan Perumahan yang mampu dimilik, yang selesa, cukup ruang, dengan kemudahan yang perlu untuk pembangunan sosial keluarga dan komuniti.

12. MANSUHKAN segala UNDANG-UNDANG YANG MENINDAS dan mendiskriminasi rakyat dan pekerja, antaranya ISA, OSA, EO, DDA, Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU), Akta Pertubuhan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.

13. Wujudkan TABUNG PEMBERHENTIAN KERJA dengan segera dan bantuan terus kepada pekerja yang kehilangan kerja. Kerajaan harus memperuntukkan RM0.5 billion untuk mulakan tabung ini dan gunakannya untuk membantu mereka yang dibuang sehingga dapat kerja.

14. Wujudkan POLISI DAN PERUNDANGAN domestik bagi melindungi PEKERJA TIDAK RASMI.

15. Tandatangan beberapa Konvensyen lain seperti Konvensyen 1951 berkaitan Status Pelarian dan Protokol 1967 dan Konvensyen Pekerja Asing bagi membolehkan hak MIGRAN, PELARIAN dan PENCARI SUAKA bekerja secara sah dan bebas daripada eksploitasi dan penindasan.

16. Laksanakan POLISI EKONOMI BERLANDASKAN KEPERLUAN tanpa mengira kaum dan jantina. Menuntut suatu model pembangunan yang saksama, yang memberi kepentingan kepada rakyat setempat di mana segala rancangan pembangunan mestilah dibincang dan dipersetujui oleh semua

17. Menuntut sistem PENTADBIRAN KERAJAAN YANG ADIL serta pelaksanaan dan agihan ekonomi yang benar-benar telus, bersih dan bebas dari segala bentuk rasuah, kronisme dan penyelewengan.

18. SELAMATKAN BUMI KITA, hentikan pembinaan reaktor nuklear di Malaysia, hentikan penghapusan hutan tanpa kawalan untuk tujuan pembalakan dan penanaman kelapa sawit

Deklarasi ini telah disokong oleh:
1. AWAM - All Women's Action Society
2. CAN - Community Action Network
3. CDC- Community Development Centre
4. CIJ – Centre for Independent Journalism
5. DEMA – Malaysia Youth and Students Democratic Movement
6. EMPOWER - Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor
7. JAG - Joint Action Group for Gender Equality
8. JERIT - Jaringan Rakyat Tertindas
9. KOMAS - Pusat Komunikasi Masyarakat
10. ODHA - Orang yang Hidup Dengan HIV dan AIDS
11. Pemuda Sosialis
12. PERMAS - Persatuan Masyarakat Selangor & Wilayah Persekutuan
13. PRM - Parti Rakyat Malaysia
14. PSM - Parti Sosialis Malaysia
15. PSWS - Persatuan Sahabat Wanita Selangor
16. PWW - Perak Women for Women
17. SABM - Saya Anak Bangsa Malaysia
18. SAWO - Sabah Women's Action-Resource Group
19. SIS - Sisters in Islam
20. SMM - Solidariti Mahasiswa Malaysia
21. SUARAM - Suara Rakyat Malaysia
22. WAO - Women’s Aid Organization
23. WCC- Women's Centre for Change
24. KAMI - Kumpulan Aktivis Muda Independen
25. Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar, Pas

No comments: