30 hari lagi.....
SAMBUTAN MEI SATU 2011
MAY DAY 2011
HARGA BARANG NAIK....
GAJI BILA LAGI?
"PEKERJA MENUNTUT
AKTA GAJI MINIMA"
Salam Perjuangan!
Semua sedia maklum, rakyat Malaysia sentiasa ditekan dengan kenaikan harga barangan komoditi asas. Setiap hari ada sahaja berita kenaikan harga barangan. Tetapi gaji pekerja pula langsung tidak naik walaupun sudah berkerja untuk berpuluh-puluh tahun. Lebih menyakitkan lagi, kerajaan Malaysia masih enggan melaksanakan Akta Gaji Minima untuk semua pekerja di Malaysia.
Oleh itu, Jawatankuasa Mei 1, akan menganjurkan satu perhimpunan aman bersempena Hari Pekerja 2011 untuk menyuarakan tuntutan pekerja, Melaksanakan AKTA GAJI MINIMA di Malaysia sekarang!
Bersatulah pekerja Malaysia untuk menuntut hak kita. Hanya ada masa 30 HARI LAGI untuk sambutan Mei 1. Sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan. Mobilisasi dan turun ramai-ramai.
Tarikh: 1 Mei 2011
Tempat: Kuala Lumpur (akan dimaklumkan kemudian)
Masa: 10.30pagi
- Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Bawani.ks 0169008202/ http://1mayworkersday.blogspot.com/
Sekretariat Jawatankuasa Mei 1/2011
0 comments:
Post a Comment