Monday, April 26, 2010

Tinggal 4 hari untuk Mei 1, 2010: Perhimpunan Aman di Dataran Merdeka


Tahukah Anda?

Sambutan Mei 1, 2001



Setelah mengadakan Sambutan Hari Pekerja di Perak pada tahun sebelumnya, Mei 1, 2001 kembali ke Lembah Kelang. Malah ianya diadakan di pusat bandaraya KL, di mercu tanda kapitalis - Menara Berkembar KLCC. Satu pita - Zon Anti Penyeksaan diikat di sekeliling kawasan perhimpunan. Memang ramai polis sudah menanti di situ dan selepas berunding sambutan diteruskan. Ada beberapa kali polis berpakaian biasa cuba memprovokasi namun keadaan dapat dikawal oleh penganjur. Sambutan diadakan selama 1 jam. Tema Sambutan adalah : PEMBANGUNAN SAKSAMA UNTUK SEMUA.

Pada tahun ini ramai anak muda dan pergerakan pelajar menyertai perhimpunan Mei 1. Masyarakat peneroka bandar dari Johor juga datang menyertai sambutan Hari Pekerja ini. Walaupun ada gangguan dari OCPD di saat terakhir, program berjaya dilangsungkan dan berakhir dengan damai. Menara Berkembar berjaya ditakluk !

No comments: