Wednesday, April 28, 2010

Perhimpunan Aman Mei 1: Tinggal 2 Hari lagi


Tahukah Anda?

Sambutan Mei 1, 2003 - Aman dan Tiada Kekacauan


Tahun ini Sambutan Mei 1 berjalan lancar di Dataran Merdeka. Pihak polis pula memanggil penganjur dan memberikan permit tanpa permohonan dari penganjur. Berbanding tahun 2002, tahun ini rakyat yang berhimpun diberi layanan istimewa. Bas-bas diiringi dan dibantu oleh pihak polis. FRU diletakkan jauh dari kawasan sambutan, itupun setelah dipersetujui oleh penganjur. Jadi, Sambutan Hari Pekerja kembali ke Dataran Merdeka dengan suasana yang aman. Tema sambutan: "Perang Kapitalis, Pekerja Merana".

Ini merupakan satu kejayaan dalam tempoh masa 10 tahun. Jawatankuasa Mei 1 telah memberi sumbangan signifikan dalam mengembangkan ruang demokrasi dalam negara. Ini merupakan satu perjuangan Jawatankuasa ini. Malangnya, hari ini banyak kumpulan yang mengadakan sambutan Hari Pekerja dengan menganjurkan sukan, konsert dan majlis makan. Semangat sebenar Mei 1 adalah perhimpunan secara besar-besaran. Hanya melalui tindakan seperti inilah kelas pekerja mencapai banyak kemenangan seperti 8 jam kerja sehari, cuti tahunan dan faedah lain.

Sebab inilah kaum kapitalis enggan mengiktiraf Mei 1. Malahan, di Amerika Syarikat di mana perjuangan Mei 1 bermula, 1 Mei bukanlah cuti umum. Kaum kapitalis tidak mahu kita mengingati semula hari kemenangan kaum pekerja. Ramai juga yang masih mahu dan dipaksa bekerja pada hari 1 Mei. Kita harus menghargai hari keramat ini.

Hidup Perjuangan !

No comments: