Monday, April 19, 2010

MayDay 1996: Pelancaran Kempen Gaji Bulanan...Tinggal 14 Hari Lagi

JAWATANKUASA MEI 1, 2010

14 hari lagi.....
PERHIMPUNAN AMAN 1 MEI
DATARAN MERDEKA, KL JAM 10.30 PAGI
Tema:
RAKYAT BANTAH GST: CUKAI YANG MISKINKAN RAKYAT
Tahukah Anda?
Mei 1, 1996 disambut oleh komuniti ladang sahaja. Semasa sambutan ini pekerja ladang melancarkan Kempen Gaji Bulanan. Perhimpunan diadakan di Ladang Bukit Rajah di Klang, Selangor. Ladang ini terkenal dengan Mogok Klang pada awal tahun 1940an.

Lebih 1000 orang pekerja ladang telah berjalan kira-kira 600 meter dengan membawa sepanduk besar menuntut gaji bulanan. Peristiwa ini adalah program pertama pekerja ladang sejak kegagalan mogok 1990 yang dianjur oleh NUPW. Walaupun pihak polis cuba menghalang perarakan ini, progam diteruskan dan polis terpaksa meninggalkan ladang tersebut.
Pada hari berikutnya, Menteri Sumber Manusia dan MAPA (Malaysian Agricultural Producers Association) membantah keras perhimpunan ini - dilabel perhimpunan haram dan satu ancaman kepada keharmonian industri. Menteri menyuruh polis siasat. Sebagai penganjur, Jawatankuasa penganjur mencabar polis menyiasat perhimpunan ini.
Kempen tuntuntan gaji bulanan yang dilancarkan pada 1996 ini terus membara dan menjadi isu nasional. Jawatan Sokongan Masyarakat Ladang (JSML) pula terus menjadi alternatif ke NUPW dan ancaman kepada MAPA.
HIDUP PERJUANGAN !
Nota: Selepas beberapa tahun MAPA & NUPW bersetuju memberikan gaji bulanan RM325 kepada pemotong buah kelapa sawit dan RM350 kepada penoreh getah. JSML tidak sama sekali bersetuju dengan jumlah gaji ini dan ianya bukanlah Gaji Bulanan RM750 yang dituntut oleh pekerja ladang.

No comments: