Monday, April 19, 2010

MayDay 1995: Di Pintu Pagar Mahathir : Tinggal 15 hari lagi

JAWATANKUASA MEI 1, 2010

15 hari lagi.....
PERHIMPUNAN AMAN 1 MEI
DATARAN MERDEKA, KL JAM 10.30 PAGI
Tema:
RAKYAT BANTAH GST: CUKAI YANG MISKINKAN RAKYAT
Tahukah Anda?
Selepas mengadakan perhimpunan pertama di Dataran Merdeka pada 1994, satu perhimpunan diadakan di hadapan pejabat Perdana Menteri di Jalan Dato Onn pada tahun 1995. Tahun 1995 adalah tahun pilihanraya.
Tidak kurang 2000 orang berkumpul bersama kehadiran FRU. Sekali lagi peristiwa ini satu titik usahasama antara Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang dan Jawatan Sokongan Peneroka Bandar.
Sebanyak 60,000 poskad yang mendesak Kerajaan menyertakan komuniti ladang ke dalam program pembangunan luar bandar ditimbun di hadapan Pejabat Perdana Menteri.
Selepas itu, pada tahun yang sama, Kerajaan telah menyertakan ladang- ladang di bawah 100 ekar di bawah perhatian Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan melantik wakil MIC untuk jawatan Timbalan Menteri, satu langkah untuk membantu pekerja ladang. Satu langkah yang memuaskan hati pekerja ladang pada masa itu.
Hidup Perjuangan !

No comments: