Thursday, April 22, 2010

1999: Sambutan di Kg. Sg. Nipah..Tinggal 8 hari lagi..


Tahukah Anda?

Pada tahun 1999, Sambutan Mei 1 kembali diadakan di ruang terbuka sebab ramai yang menyatakan ketidakpuasan hati Mei 1998 diadakan dalam dewan. Lokasi yang dipilih pada kali ini adalah Kg. Sg. Nipah, Batu 3, Shah Alam. Kampung tersebut pada masa itu sedang menghadapi masalah pengusiran paksa.



Lebih 1000 orang mengambil bahagian dalam sambutan ini. Sehari sebelum Mei 1, pihak SB (Special Branch) meminta penganjur membatalkan program ini. Pihak penganjur selepas berunding dengan penduduk tempatan meneruskan Sambutan di kampung tersebut. Semasa program, pihak polis masuk cuba untuk memberhentikan program, namun pihak penganjur enggan berganjak dan program diteruskan.

Mei 1 tahun ini juga merupakan yang pertama selepas kebangkitan reformasi pada September 1998. Tema Sambutan: Pekerja Bersatu Menuntut Perubahan Tulen. Bilangan pekerja kilang meningkat dalam sambutan ini. Namun, selepas lebih sebulan, pada 28 Jun 1999, Kg. Sg. Nipah hilang dari peta Malaysia kerana dimusnahkan oleh pemaju.

82 buah rumah dirobohkan dan 55 orang ditahan polis. Penduduk di sini membina semula rumah mereka sebanyak empat kali dan ianya diroboh setiap kali.

No comments: