Tuesday, April 20, 2010

1997: Sambutan di Kg. Chubadak ...Tinggal 10 hari lagi....

Tahukah Anda?

Pada tahun 1997, Sambutan Mei 1 telah diadakan di sebuah kampung peneroka - Kg. Chubadak, Sentul, KL. Pada tahun ini, Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang dan Jawatankuasa Sokongan Peneroka Bandar bergandung bahu sekali lagi. Tema Sambutan adalah: "RAKYAT MENUNTUT KEADLIAN- GAJI, RUMAH/TANAH dan INFALSI"

Sambutan ini dibuat diruang terbuka. Satu peristiwa yang berlaku semasa sambutan yang masih berada dalam ingatan adalah pentas yang roboh apabila para pemimpin pekerja membacakan deklarasi. Yang runtuh hanyalah pentas bukan semangat pekerja dan masyarakat yang hadir. Majlis diteruskan. Ketua-ketua masyarakat telah membawa satu kain rentang besar yang telah ditandatangani oleh lebih 1000 orang yang hadir semasa sambutan tersebut.

Beberapa bulan kemudian, penduduk Kg. Chubadak telah memenangi satu kes penting di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa penduduk mempunyai ekuiti dan mengarahkan pemaju membayar pampasan kepada para penduduk. Ia juga merupakan satu keputusan bersejarah.

HIDUP PERJUANGAN !

No comments: