Monday, March 16, 2009

Sambutan Mei 1, 2009: “Krisis Ekonomi: Selamatkan Pekerja Bukan Kroni!”


JAWATANKUASA MEI 1, 2009

Salam Perjuangan ;
Seperti setiap tahun, Jawatankuasa Mei 1, 2009 yang terdiri daripada badan bukan kerajaan , kumpulan masyarakat dan part-parti politik menganjurkan Sambutan Mei 1, 2009 demi memperingati perjuangan pekerja dunia dan juga memperkasakan kaum pekerja di Malaysia.


Sambutan Mei 1 , 2009 yang merupakan sambutan ke 16 untuk Jawatankuasa Mei 1, akan di adakan di Seremban, Negeri Sembilan.

Tema Sambutan Mei 1, 2009 ialah :
“Krisis Ekonomi: Selamatkan Pekerja Bukan Kroni!”

Tema yang dipilih amat bermakna pada masa ini di mana kelas pekerja menjadi mangsa percaturan politik dan ekonomi dunia! Jelas pakej stimulas yang di cadangkan tidak menggambarkan sebarang langkah konkrit kerajaan dalam mengurangkan beban krisis ekonomi ke atas pekerja.


Kroni diselamatkan manakala kaum pekerja dipinggirkan!

Oleh itu, sertailah Sambutan Mei 2009. Mesyuarat Jawatankuasa seterusnya akan diadakan pada 29/3/2009 di Pejabat DAP, Senawang, Negeri Sembilan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Saudari Nalini - 0126529491

Hidup Pekerja! Hidup Perjuangan Pekerja!

No comments: