Monday, March 16, 2009

Halangan Polis Patah; Sambutan Mei 1 ke-15 Meriah!

Sambutan Mei satu 2008 kali ini adalah perarakan dari Dataran Merdeka ke SMJK (C) Confician. Namun pihak polis telah menghalang para pekerja daripada memasuki Dataran merdeka dengan menutup jalan. Polis telahpun bersedia dengan polis FRU dan meriam air untuk menyuraikan pekerja yang telahpun mula berkumpul dihadapan Bank Pertanian.

Rundingan dengan pihak polis telah dijalankan oleh Saudara Arul; setiausaha Agung PSM dan Dr Nasir; Pengerusi PSM bersama beberapa orang ahli jawatankuasa Mei 1 2008 berjaya dan para pekerja dibenarkan berjalan ke lokasi program. Kejayaan ini telah mengembalikan sekali lagi hak berhimpun secara aman dan berarak untuk menyambut Hari Pekerja.

Seramai 2000 wakil masyarakat dan pekerja dari seluruh negara berarak dari dataran merdeka dan sampai ke dewan SMKJ Confucian hampir pada pukul 10.30pagi. Botol air dan makanan diedarkan kepada setiap yang hadir di pintu masuk dewan untuk menghilangkan penat dan lapar. Semangat sambutan sememangnya naik dengan suasana dewan yang dihiasi dengan banner perjuangan pekerja yang diwarnakan slogan-slogan yang menyeru kerajaan mementingkan kebajikan pekerja.

Sambutan ini turut dihadiri oleh lebih kurang 20 orang wakil rakyat dari Pakatan Rakyat yang telah menang dalam pilihanraya 2008. Program dimulakan dengan nyanyian lagu Perjuangan Pekerja dan drama sejarah perjuangan Mei Satu dipersembahkan oleh anak muda dari kumpulan Alaigal. Mengimbas kembalikan sejarah ini, ramai yang terasa perjuangan pekerja pada masa dahulu dalam mendapat hak 8 jam kerja, cuti umum satu hari sedang dirampas oleh golongan kapitalis dari pekerja. Hari ini, pekerja diingatkan supaya perjuangan perlu dituruskan untuk merampas balik hak kita yang semakin hari semakin ditindas.

Acara kemuncak ini dihiasi oleh pacakan dan bacaan tuntutan wakil dari setiap sektor pekerja iaitu pekerja kilang, pekerja ladang, petani, wanita, wakil pelajar, pekerja migrant, media, Gerakan mansuhkan ISA dll membacakan tuntutan mereka kepada wakil yang yang mereka pilih.

Antara tuntutannya ialah elakkan korporatan sektor tani, implimentasi akta gaji minima, tutup industrui ladang jika gagal menyediakan perumahan dan gaji yang adil, mansuhkan AUKU, Mansuhkan ISA, dan banyak lagi. Berserta dengan tuntutan-tuntutan upacara pelancaran logo Mei 1, 2008 diturunkan.

Setiap parti telah diminta satu wakil dari untuk memberi maklumbalas kepada tuntutan pekerja. Pn Zuraida Kamaruddin dari PKR, Dr. Lo' Lo dari PAS, Charles Chantiago dari DAP dan Dr.Nasir dari PSM yang merupakan wakil parti telah memberi maklumbalas kepada tuntutan pekerja hari ini. Semua Parti bersetuju untuk membawa tuntutan-tuntutan ini ke parlimen untuk dibincang dan seboleh-bolehnnya akan cuba untuk diimplimentasikan di 5 negeri dibawah pakatan rakyat kata Pn Zuraidah Kamaruddin.

Secara tradisi sambutan Mei satu, pembacaan deklarasi 2008 telah dibacakan oleh pengacara majlis dan di ikuti oleh para pekerja. Deklarasi kali ini telah disokong oleh 102 kumpulan NGO, parti politik dan kesatuan.
Upacara diakhiri dengan nyanyian lagu international pekerja.

No comments: