Sunday, April 27, 2008
Haymarket Plot!
Pengeboman di Haymarket Square digunakan sebagai peluang oleh kerajaan pro-kapitalis untuk menikam kebangkitan pekerja dan pergerakan 8 jam kerja... Di bawah adalah division polis yang pertama(51 pegawai) menyerang mesyuarat awam pekerja di Haymarket...
Saturday, April 26, 2008
Bom Dilontarkan!
Semasa mesyuarat awam sedang berlangsung, 180 orang polis menceroboh masuk untuk menghentikannya. Tiba- tiba, sebuah bom dilontarkan.... lebih kurang 7 orang telah mati dan seramai 40 orang cedera...Seterusnya, polis pula mula menembak ke arah pekerja yang hadir...
Pelontar bom tidak dapat dikenalpasti dan banyak spekulasi yang menyatakan pihak polis sendiri yang telah memplotkan pengeboman ini untuk memerangkap penggerak pergerakan pekerja yang sangat kuat pada masa itu.
Wednesday, April 23, 2008
Tragedi Haymarket Square!
Sehari selepas insiden di Mccormick, satu mesyuarat awam dipanggil di Haymarket Square. Disebabkan oleh cuaca yang teruk dan notis pemberitahuan mesyuarat yang suntuk, seramai 3ooo orang pekerja telah hadir.
Tiba- tiba...
Tiba- tiba...
Keganasan di McCormick Reaper Works, 1886
Pergerakan pekerja pada masa itu sungguh mengkagumkan sehingga kerajaan pro kapitalis terpaksa menggunakan kekerasan untuk mematahkan solidariti pekerja.
Pada 3 Mei 1886, piket pekerja menuntut 8 jam kerja di hadapan syarikat McCormick Reaper Works telah diceroboh dengan kejam oleh pihak polis! Pukulan dan tembakan diarah kepada pekerja dan seramai 4 orang pekerja telah mati dan ramai yang cedera parah.
Pada 3 Mei 1886, piket pekerja menuntut 8 jam kerja di hadapan syarikat McCormick Reaper Works telah diceroboh dengan kejam oleh pihak polis! Pukulan dan tembakan diarah kepada pekerja dan seramai 4 orang pekerja telah mati dan ramai yang cedera parah.
Pergerakan 8 jam!
The 8 Hour Movement!
Percaya atau tidak! Lebih 350,000 pekerja telah turun ke jalan raya untuk mogok dan menuntut 8 jam kerja sehari!
Ini berlaku pada tarikh keramat 1 Mei 1886
yang menggoncangkan pihak majikan yang selama ini menindas pekerja.
Kaum pekerja telah berhenti bekerja dan turun bermogok bersama rakan- rakan lain.
Mogok terbesar berlaku di Chicago iaitu seramai 90,000 pekerja!
Percaya atau tidak! Lebih 350,000 pekerja telah turun ke jalan raya untuk mogok dan menuntut 8 jam kerja sehari!Ini berlaku pada tarikh keramat 1 Mei 1886
yang menggoncangkan pihak majikan yang selama ini menindas pekerja.Kaum pekerja telah berhenti bekerja dan turun bermogok bersama rakan- rakan lain.
Mogok terbesar berlaku di Chicago iaitu seramai 90,000 pekerja!
Monday, April 21, 2008
Jantung Kapitalis Pencetus Mayday!
Sistem kapitalis dilahirkan di Europe tetapi pada masa kini, jantungnya adalah Amerika Syarikat.Tetapi tahukah kita, pencetusan hari pekerja 1 May yang disambut sekarang bermula dari Amerika?
1880-an, menyaksikan kebangkitan kelas pekerja menuntut 8 jam kerja sehari.
Thursday, April 17, 2008
Hari Buruh! = Hari Pemberhentian Kerja!

Subscribe to:
Posts (Atom)